Memanfaatkan amalan pendigitalan dan perniagaan mampan, Great Eastern Takaful mengambil langkah yang lebih besar ke arah operasi perniagaan lestari berdasarkan Takaful Perantaraan Berasaskan Nilai (VBIT), yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). VBIT memberi tumpuan kepada perkembangan industri Takaful dengan menyepadukan konsep berasaskan nilai seiring dengan operasi Perniagaan.
Pada bulan November 2022, GETB telah mengambil langkah proaktif dengan memulakan kerjasama bersama Sea Monkey Projek, sebuah organisasi yang menyokong pengurangan pencemaran plastik, dan menukar bahan plastik tidak terpakai kepada bahan yang boleh diguna semula seterusnya mengitar semula bahan plastik untuk kelestarian alam sekitar.
GETB telah melancarkan Bilik Lestari yang menempatkan mesin kitar semula dan hasil semula 2 dalam 1 sebagai satu komitmen besar syarikat dalam memelihara alam sekitar. Pembelian mesin upcycling ini dapat dimanfaatkan untuk memberi kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat mengenai inisiatif upcycling dan seterusnya menggalakkan aktiviti kitar semula melalui siri bengkel kitar semula yang bakal dilaksanakan.